Followers

Monday, April 25, 2011

Cara Membasuh CD (ini cara saya)

Entri kali ini dalam bahasa Melayu sebagai tanda sokongan penuh saya untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita dan akan ditulis menggunakan tatabahasa yang sebaik mungkin. Pada kali ini saya akan berkongsi cara-cara membasuh lampin moden (CD). Ini adalah cara yang saya praktikkan, mungkin cara orang lain akan sedikit berbeza dari cara saya. 

1. Bilas CD yg telah digunakan dengan air untuk menghilangkan kesan najis bayi.

CD yang telah dibilas.

2. Masukkan CD ke dalam mesin basuh. Lebih baik gunakan 'laundry bag' untuk mengelakkan kerosakan CD. Saya tidak menggunakan 'laundry bag' disebabkan saya membasuh CD berasingan dari pakaian lain. Gunakan sabun pencuci dengan kadar yang minima.

CD di dalam mesin basuh.

3. Selepas proses menyabun, keringkan CD. Kemudian bilas dengan air biasa tanpa menggunakan sebarang pewangi dan pelembut pakaian. Ini kerana, partikel-partikel halus pewangi atau pelembut ini akan mengganggu kuasa penyerapan 'soaker/insert'.

4. Selesai membilas, keringkan dan jemur dibawah panas matahari untuk pengeringan yang baik.

Beginilah saya menjemur CD.

Ini adalah sebahagian dari CD anak saya. Saya juga menggunakan lampin biasa selain dari CD sebagai tanda saya menyokong cara hidup hijau dan sihat.



Sekian. Semoga entri ini membawa manfaat kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment