Menu untuk sungkai (berbuka puasa) petang semalam. Sedap hingga menjilat pinggan. Tambah-tambah lagi kalau makan time panas-panas. *PENGSAN* Sebenarnya semalam I have no idea of what to cook. Then I remembered there were chicken drumsticks in the fridge. So datanglah idea untuk masak nasi ayam penyet yang tak berapa nak penyet ni. Sedap dan sihat. Tengoklah ulam-ulaman tu. Jom tengok resepi yang senang ni. Saja lah buat entri ni supaya aku inda lupa. Sebab main hentam buta saja masak semalam.
Bahan untuk ayam:
5 drumstick
6 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah (bawang kecil)*
1 inci halia*
2 batang serai*
3 sudu makan serbuk kari babas
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1 sudu kecil gula
garam & perasa secukupnya
Bahan untuk nasi:
4 cup beras
2 sudu besar majerin
1 inci halia
3 ulas bawang putih
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
cengkih
Bahan untuk sambal:
1 biji tomato
10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cuka
1 inci belacan
1 sudu makan gula
garam jika suka
Bahan untuk sup:
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
cengkih
2 ulas bawang merah (bawang kecil)
1 inci halia
garam & perasa secukupnya
lada sulah
Ulam-ulaman:
5 batang bendi
5 batang kacang panjang
3 inci timun
1 papan tempe
Hiasan:
Daun sup
Daun bawang
Cara-caranya:
1. Bersihkan ayam dan rebus dengan air yang banyak. Masukkan hirisan bawang putih dan sedikit garam. Air rebusan ayam ni akan digunakan untuk memasak nasi dan sup. Biarkan ayam mendidih dan masak.
2. Bersihkan beras dan masukkan dalam periuk. Hiris-hiris halia dan bawang putih serta cuci rempah tumisan tadi.
3. Toskan ayam apabila sudah masak. Air rebusan tadi biar dalam periuk.
4. Cairkan majerin di dalam kuali. Tumiskan rempah tadi dan bawang serta halia sehingga naik bau. Matikan api.
5. Tuangkan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi beras secukupnya untuk memasak nasi. Tidak perlu tambah air. Kemudian masukkan tumisan majerin bersama-sama bahan tadi. Gaul rata. Masak nasi macam biasa.
6. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*) untuk perapan ayam. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, kari, gula, garam dan perasa secukupnya. Gaul rata supaya semua ayam terkena bahan perapan. Perap ayam selama mana yang disukai.
7. Sambil perap ayam tu sediakan sup dengan lebihan ari rebusan ayam tadi. Masukkan bahan-bahan untuk sup dan biarkan mendidih. Setelah mendidih matikan lah api. Karang hangus pulak.
8. Mari kita sediakan sambal. Bersihkan tomato, cili dan bawang putih. Hiris kasar untuk dikisar. Masukkan semua bahan-bahan dalam blender dan kisar. Siap.
9. Sekarang bolehlah gorengkan ayam dengan api yang sederhana. Goreng sehingga keperangan. Jangan goreng terlalu lama sebab ayam sudah masak semasa merebus tadi. Angkat ayam setelah masak. Bahan perapan tadi simpan untuk menggoreng tempe pulak.
10. Masak air sehingga mendidih untuk celurkan ulam-ulaman tadi. Masukkan secubit garam. Selepas dicelur, terus cuci dengan air biasa untuk kekalkan kehijauannya. Potong ikut citarasa. Timun potong saja tak payahlah celur.
11. Masukkan tempe yang telah dipotong mengikut citarasa anda tadi dalam bahan perapan dan goreng hingga garing.
12. Apabila semua sudah sedia, bolehlah dihidangkan. Kalau suka boleh cincang ayam macam kat kedai tu. hiaskan dengan ulam-ulaman dan tempe serta sambal. Jangan lupa sup yang ditabur dengan daun sup dan daun bawang.
13. Apa lagi makanlah sampai pengsan.