Followers

Monday, June 13, 2011

Yesterday after work ad-hoc poject

Tadaaa....

Kuih Tepung Pelita 
Inilah projek ad-hoc aku balik kerja petang semalam. Balik dari ofis terkocoh-kocoh pergi pasar untuk beli ikan mau di masak malam semalam. Lepas tu singgah grocery beli bahan-bahan untuk buat kuih Tepung Pelita ni. Kuih fevret ni tau! Kalau jumpa kuih ni mau at least aku bedal 3 biji. Sebenarnya buat bekas daun pandan/daun pisang lagi asli. Tapi oleh kerana tanganku ini tersangatlah seninya, buat dalam bekas puding ni sajalah. Senang saja buat ni. Jom kita cek resipinya. Adapted from www.myresipi.com. Selamat mencuba!



Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

2 comments:

  1. wlupun besimpang siur x rata ko punya tepung plita ni..but i noe..mesti sedap kan..hehehe~

    ReplyDelete
  2. ia kurang rata sbb suda pekat sgt time dtuang...tu yg nda cantikk...tp mmg sedap pon...try la..

    ReplyDelete